Sejarah Surau An-Najihin

Projek surau ini bermula pada 25 Mei 2010 dengan dimulakan dengan mengemukakan surat permohonan untuk mengutip derma sumbangan pembinaan surau. Permohonan ini telah diajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan mendapat kelulusan pada 3 Jun 2010. Pihak JPN memberi tempoh satu tahun kutipan ini boleh dilaksanakan. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai usaha telah dijalankan bagi menambah dana selain dari kutipan secara rasmi, pihak sekolah juga menganjurkan program-program yang boleh membantu dana ini bertambah seperti memohon sumbangan pihak syarikat, Surauthon,  sumbangan ADUN, surat edaran kepada sekolah lain, mohon sumbangan waris dan tabung surau semasa mesyuarat PIBG dijalankan.
Surau ini telah dapat diguna pakai mulai sesi 2014. Dari masa ke semasa terdapat juga penambah baikan terhadap kemudahan dalam surau ini seperti penghawa dingin sumbagan waris pelajar asrama, karpet dalam surau.
















========================================================





  

No comments:

Post a Comment