Pengenalan Surau Imarah SMKSN

Surau di sekolah telah didifinisikan oleh Kementerian Pendidikan (1989) sebagai tempat melaksanakan ibadat solat dan menjalankan kegiatan amali pendidikan Islam untuk menanamkan semangat mencintai agama dan menghayati ajaran Islam serta ruh persaudaraan Islam di kalangan guru‐guru dan murid‐murid Islam. Namun begitu, dalam tahun 1998, Kementerian Pendidikan telah memberikan difinisi surau yang lebih terperinci. Dalam difinisi yang diberikan adalah , “surau ialah satu bangunan yang terpisah daripada bilik darjah dan terletak dalam kawasan sekolah, digunakan untuk solat dan kegiatan pendidikan Islam oleh seluruh warga sekolah. Perbezaan dengan musolla pula adalah pada aspek pembinaan bangunan di mana didifinisikan sebagai bilik solat yang dibina bersambung dengan bangunan sekolah”. Justeru dapat difahami bahawa surau adalah bangunan tersendiri yang terpisah dengan bangunan sekolah dan digunakan guru‐guru dan murid‐murid untuk tujuan ibadah, pelaksanaan dan aktiviti‐aktiviti pendidikan Islam di sekolah.

No comments:

Post a Comment