Program Mengumpul Dana Surau An-Najihin

Program Mengumpul  Dana Surau An-Najihin Bersempena Karnival Kokurikulum 2017

Surau An-Najihin telah mengambil peluang untuk beramal sambil  mengumpul dana. Aktiviti ini dijalankan semasa Karnival Kokurikulum Peringkat Sekolah 2017 dengan membuka satu gerai bagi menjalankan jualan amal pakaian dan kasut terpakai, juga aksesori peribadi yang lain yang disumbangkan oleh guru-guru dan orang perseorangan.

Gerai ini mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung yang datang dengan membeli dan sambil menderma kepada tabung surau ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.














Karnival Kokurikulum Peringkat Sekolah Tahun 2017

Program Karnival Kokurikulum peringkat sekolah SMK Seri Nibong telah berlangsung pada Sabtu 12 Ogos 2017 yang lalu. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan dan penglibatan murid yang menggalakkan dapat dilihat ketika berlangsungnya program tersebut.

Surau An-Najihin juga membuka ruang bagi mengimarahkan penggunaannya dengan menjadi venue kepada acara gubahan tuala yang dikendalikan bersama dalam aktiviti dalam karnival kokurikulum ini.

Dengan penglibatan seperti ini, pelajar dapatlah menggunakan kemudahan di sekitar surau ini bagi melaksanakan aktiviti mereka dalam suasana yang selesa dan kondusif.















Tinta Tazkirah

Apa itu Qailulah ?

Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, 
kecerdasan dan fokus.
Sama-samalah kita qailullah @ nap sekejap sblm zohor 

Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A'ilulah ?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm). 

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Sentiasalah memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan bersama.

Semoga catatan ini bermanfaat,

Wallahualam.

Tahniah ...Surau An-Najihin Menjadi JOHAN Surau Imarah Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017


Alhamdullilah syukur kepada Allah S.W.T. kerana Surau SMK Seri Nibong buat julung julung kali telah berjaya mendapat Johan dalam pertandingan Imarah Surau Peringkat Negeri Pulau Pinang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja kuat dalam merealisasikan kejayaan pada kali ini....
 

Tinta Tazkirah

KEIKHLASAN DALAM BERIBADAH

Allah Ta'ala berfirman:
Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri turus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar. (Surah al-Bayyinah: 5)
Rasulullah saw bersabda:
Dari Amirul mu'minin Abu Hafs iaitu Umar bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul 'Uzza bin Riyah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi al-'Adawi r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda 3 : "Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikawininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu. (Muttafaq (disepakati) atas kesahihan hadis ini)


Tinta Tazkirah

Anak Soleh

Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang taat kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara automatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada tanpa perlu diawasi oleh mana-mana manusia lagi.