Program Surau Imarah Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2017 telah dan sedang melalui fasa penghakiman di sekolah-sekolah seluruh negeri Pulau Pinang. Terima kasih kepada semua hakim yang hadir dalam penghakiman pada 21.7.2017 (Jumaat).
Pihak sekolah telahpun membuat pelbagai persediaan bagi menjayakan program surau imarah ini sepanjang tahun. Guru, kakitangan sekolah, ibu bapa, pekerja am sekolah dan para pelajar telah memberi sepenuh kerjasama. Tenaga dan sumbangan ini amat bermakna kepada pihak sekolah.
Budaya dan semangat kerjasama dapat diterap dan disemai secara tidak langsung melalui sumbangan idea, gotong royong, sumbangan kewangan dan pelbagai bentuk yang lain.
No comments:
Post a Comment