Raptai dan Persiapan Akhir Sebelum Penghakiman ASISS 2017

Raptai akhir sedang dijalankan pada hari ini, 26 Oktober 2017 (Khamis). masih ada lagi perkara-perkara yang berlu dibaiki sebelum penghakiman sebenar.

Terima kasih kepada Sektor Pendidikan Islam JPN Pulau Pinang yang diketuai oleh Ustaz Alrizuady


Persiapan akhir sebelum penilaian ASISS

Pelajar dan guru membuat persiapan akhir sebelum Panel Penilai Kebangsaan hadir...
Semakin berdebar menanti detik tarikh yang bakal menjelma...Apapun, pihak sekolah telah berusaha memberi keselesaan kepada semua pengguna Surau An-Najihin. Keceriaan dan keindahan kemudahan, prasarana yang disumbangkan oleh pelbagai pihak adalah diucapkan jutaan terima kasih. Sumbangan wang ringgit juga banyak membantu pihak surau menguruskannya dengan lancar selain dari sumbangan kekal seperti kipas angin, alat penghawa dingin, kemudahan tandas lelaki dan perempuan, bumbung sekitar surau, karpet, ruang santai riadah dan sudut bacaan yang dapat diceriakan.






Program Mohon Restu Ibu Ayah PT3 dan SPM 2017

Program Mohon Restu Ibu Ayah PT3 dan SPM 2017


Tarikh: 29 Sept. 2017 | Hari: Jumaat | Masa: 3.00 ptg. - 6.00 ptg.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar dan waris yang hadir dalam Program Mohon Restu Ibu Ayah PT3 dan SPM 2017 kali ini.

Program dikendalikan oleh Ustaz Anur b. Hussin, dimulakan dengan bacaan Yaasin, Solat Hajat dan mohon restu Ibu Ayah.

Majlis penutup telah dihadiri oleh yang berbahagia Dato Ir Dr Shaik Hussein Mydin dengan kata-kata semangat dan motivasi kepada pelajar tentang persediaan menghadapi peperiksaan. Ucapan beliau merujuk kepada pengalaman sendiri yang berjaya hingga sekarang. 

Beliau juga menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM5000.00 kepada pihak sekolah. Terima kasih Dato.









Lawatan Pemantauan Sektor Pendidikan Islam JPN Pulau Pinang

Raptai Penilaian ASISS Peringkat Kebangsaan  Kali Pertama

Terima kasih di atas kehadiran pemantauan ASISS oleh Sektor Pendidikan Islam ke Surau An-Najihin pada hari ini, 28/9/2017.

Kehadiran pegawai dari Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Alrizuady, Ustaz Suhaimi, Ustaz Muhammad dan Ustazah Khadijah memberi komen membina bagi memantapkan lagi persediaan akhir Surau An-Najihin ini.



Tinta Tazkirah

*Antara Amalan Yang Menjadi Sunnah Rasulullah*
*5. LANGKAH KANAN*
Masuk masjid kaki kanan, keluar masjid kaki kiri.
Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri.
Masuk tandas kaki kiri, keluar tandas kaki kanan.


*6. MAKAN TIGA JARI*

Nabi S.A.W. makan kurma menggunakan 3 jari iaitu jari ibu, telunjuk dan tengah. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama untuk ikut sunnah.

Tinta Tazkirah

*Antara Amalan Yang Menjadi Sunnah Rasulullah*

*3. MINUM TANGAN KANAN*
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan.Iblis minum dengan tangan kiri.

*4. SESAAT DI JALAN ALLAH*
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan Hajarul Aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat".

Tinta Tazkirah

*Antara Amalan Yang Menjadi Sunnah Rasulullah*

*1. PANDANGAN MATA*
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja.
Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada khusyuk.


*2. MAKAN GARAM*
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

Gotong-Royong Surau A-Najihin


Assalamualaikum / Salam Sejahtera

Gotong-Royong Surau An-Najihin

Tarikh: 9.9.2017
Masa: 8.00am-12.00pm
Tempat: Persekitaran kawasan surau

# Dijemput hadir dalam gotong-royong royong kali ini bagi menceriakan persekitaran surau An-Najihin..

Foto aktiviti gotong-royong. 




Sambutan Berturutan 2017

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2017 dan Perayaan Aidil Adha 1438H...
Pada tahun ini, dua sambutan ini berturutan hari akan disambut oleh seluruh rakyat di Malaysia.
Cuti juga berkebetulan berada dalam Cuti Pertengahan Penggal Kedua Persekolahan.
Diharapkan semua warga SMK Seri Nibong dapat meraikannya dalam suasahan muhibbah dan bersemangat patrotik demi menjaga keharmonian Malaysia negera tercinta kita
.

Program Mengumpul Dana Surau An-Najihin

Program Mengumpul  Dana Surau An-Najihin Bersempena Karnival Kokurikulum 2017

Surau An-Najihin telah mengambil peluang untuk beramal sambil  mengumpul dana. Aktiviti ini dijalankan semasa Karnival Kokurikulum Peringkat Sekolah 2017 dengan membuka satu gerai bagi menjalankan jualan amal pakaian dan kasut terpakai, juga aksesori peribadi yang lain yang disumbangkan oleh guru-guru dan orang perseorangan.

Gerai ini mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung yang datang dengan membeli dan sambil menderma kepada tabung surau ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.














Karnival Kokurikulum Peringkat Sekolah Tahun 2017

Program Karnival Kokurikulum peringkat sekolah SMK Seri Nibong telah berlangsung pada Sabtu 12 Ogos 2017 yang lalu. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan dan penglibatan murid yang menggalakkan dapat dilihat ketika berlangsungnya program tersebut.

Surau An-Najihin juga membuka ruang bagi mengimarahkan penggunaannya dengan menjadi venue kepada acara gubahan tuala yang dikendalikan bersama dalam aktiviti dalam karnival kokurikulum ini.

Dengan penglibatan seperti ini, pelajar dapatlah menggunakan kemudahan di sekitar surau ini bagi melaksanakan aktiviti mereka dalam suasana yang selesa dan kondusif.